Isnin, 27 Mei 2013

jangan la main main !

ASSALAMUALAIKUM

dah tiga hari tak dapat nak mengapdet belog
bila cuti lak kepala aku selalu berdenyut denyut sangat, sakit kepala
rasa malas nak masak, tapi terpaksa jugak sebab mama aku pegi KL dengan cikgu cikgu sekolah diorang
nak rai Guru Besar nak pencen
rai lah sangat khennn, masing masing merungut jugak sebab cuti cuti macam ni sepatutnya ada dengan family
dahlah setiap cikgu kene bayar, sama ada nak pi atau tak, kene bayar jugak macam mana pun
then hari Rabu dengan Khamis aritu tak sempat online sebab aku dengan Mumu tak masuk opis
kami kena pi turun Pendang
memula tu pi dekat tempat biasa, kat tapak projek tangki ayaq dekat Kubur Panjang



lepas tu dalam pukul 1 p.m. centu kitorang balik dekat site opis kat Tanah Merah, Pendang
dekat situ kami dibahagi kepada 3 groups untuk buat investigation mengenai kepuasan pengguna terhadap bekalan air yang sedia ada ni
kiranya kami ni wakil bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) la aritu
group aku terdiri daripada diri aku sendiri, Mumu dengan Encik Shafri
first day kitorang punye group kene pegi interview dekat kawasan A yang mempunyai 8 buah kampung dan diteruskan dengan kawasan B yang mempunyai 2 buah kampung
tapi 1 kampung kitorang interview dalam 5 orang je lahh

* giler kauuu nak interview sekampung, mau poning kepalo den ni haaaa

seriously penat sesangat sebab kena interview makcik makcik kampung yang sememangnya dah tua and kitorang kene banyak sabar sebab kena terangkan satu demi satu
yang paling menyakitkan hati is bila bagi salam, ada yang taknak bukak

" oiiii, macam la aku nak rompak umah kau! aku nak buat kajian sal air kat rumah kau je pun. aku ni nak tolong kampung kau bagi selesai masalah air! pffftttt !!!!"

hari Khamis kitorang sambung lagi dengan kawasan D pulak yang mempunyai 6 buah kampung
kitorang selesai buat interview orang kampung tu dalam pukul 1 p.m. jugak laa
then lepas lunch and buat ape yang patut
kitorang pegi lawat tangki air yang baru siap kat Bukit Kecil
naik ISUZU DMAX je ponggg, bukan TOYOTA Hilux ke hape ke
takut jugak la masa nak naik tu, 3 kali try baru buleh naik
masa tu aku rasa nyawa aku memang dah kat lutut dahhh
yelah mau tak ketaq, pikap yang kami naik tu bukannya jenis pacuan 4 roda tu hah
dengan jalan yang memang cukup cukup muat je, lopak banyak
pastu aku tanye la Encik Shafri yang slope dia ni brape meter?
dia cakap dalam 100m lebih gak la
puihhh, memang kecut
then kitorang pegi dekat 2 buah tangki air yang lain lagi pada hari yang sama
and then balik ke site opis sebab kereta kitorang parking kat situ
panjang nyerrr citer aku
penat menaip , tapi eksaited punya pasal !
tapi tu cerita sikit ja, sebenarnya banyak lagi tapi aku skip
hahahaha
pastu lanie aku duk geram sal duk berteka teki sama ada kami masuk UTHM balik bulan Jun atau September
diorang ni taknak la memain
bukan senang , orang lain nak tempah tiket bagai
hurmmmm
okay lah, babai !






2 ulasan:

  1. Makcik2 kat kampung tak biasa terima kehadiran pegawai pemeriksa tinjauan kepenggunaan memuaskan air (hahahaha sila faham).

    Tinggi panjat, hati2. Penat pun best kan kerja.. ada jer aktiviti.

    BalasPadam
  2. haha, tengah cuba nak faham ni kak oii.
    memang best panjat tinggi2 ni, baru lasak. ni kalau dpt kt JJ ni habislaaa. hahha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...