Ahad, 29 September 2013

busy busy busy

ASSALAMUALAIKUM

haiiiiii, masha Allah
serious dah lama tak bukak blog ni
rasa macam dah lupa password mula mula tuuu
kesian awokk ye wahai miss blog
dah berhabuk dahhh
BTW sekarang ni aku tengah busy final year
with projects, fyp bla bla bla
nyampah lak lelama
tapi tu la student life
ye doppp?
sebelum tu mintak maaf kepada blog blog yang aku selalu usha tu sebab dah lama tak tinggalkan footprints kat blog korang
sekarang ni bila dah gila aktif dekat instagram , makin lupa kat blog ni
* gaya macam retisss je kau ni kannn :p
okayyy lah sampai sini dulu ya
ada rezeki nanti aku hapdet lain

babai :*

Jumaat, 12 Julai 2013

salam RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM

hai...
sorry lama tak hapdet
tapi rasanya bukan ada readers sangat pun belog ni
niwayyy
tak terlambat lagi untuk aku ucapkan

' SALAM RAMADHAN '

pejam celik pejam celik dah masuk bulan puasa
sorry lah busy sikit sebab sekarang ni dah join mak long aku lepas seminggu habis praktikal
sesaja luangkan masa yang banyak tak terhingga ni dengan menolong beliau menjalankan bisnes kuih raya
dalam erti kata lain,
sekarang ni aku tolong mak long aku buat kuih raya la
sangat sangat busy sebab tempahan banyak yang amat
mak long aku pun kira dah otai bab menjual kuih ni
biasalah, orang lama
buat masa sekarang kitorang busy siapkan tempahan yang kitorang akan letak dekat pasaraya
ya Allah, lenguh sesangat badan aku sebab menghadap kuih saja dari pukul 8 pagi sampai pukul 4 petang
malam aku tak join sebab aku tengah nak abiskan kerja mengecat dekat ruang tamu rumah aku tu
yelah, bosan tengok warna cat dinding yang lama
last cat masa tahun 2007 kut kalau tak silap

ermmmm, apa lagi ekhhh nak hapdet??
rasanya otak aku ni dah tepu dengan kuih sampai tak dapat nak berfikir
kbye
see you guys next entry :*


Selasa, 18 Jun 2013

lama tak bersiaran :p

ASSALAMUALAIKUM

hai!
lama khenn tak hapdet??
hihihi
sori laaa, jari jemari terasa malas sangat
baru baru ni antar adik gi UiTM Jengka, Pahang
dia sambung course Industri Perkayuan
okey lah tu, masa dekat skolah teknik dulu dia amek Agriculture
sesuai lah dengan dia
masa perjalanan tu dari Alor Setar ke Jengka ambik masa dalam 7jam lebih la jugak
plus minus benti RnR
abah bawak keta 130km/h atas highway
kekadang ternaik jugak meter tu sampai 140km/h
aku tengok muka tok aku dah lain dah
seriau gamaknya
aku yang duduk belakang sekali lagi la seriau plus pening sebab jalan yang berbukit bukau dekat highway Karak tu
aku rasa tunggu masa ja surat saman nak sampai rumah
dengan kamera AESnyer lagi lah, apa lah
abah aku kira apa janji cepat sampai
hahaha
kitorang stay dekat chalet dekat-dekat situ je
semalam RM145
ermmm
apa lagi nak citer yer...
takyah citer dah la
tengok je gambar yang ciput ni
babai :*









Rabu, 5 Jun 2013

hari terakhir praktikal !!!

ASSALAMUALAIKUM

huiyooooo
lama gila rasa tak hapdet blog
biasalahhhh, busy sikit tolong-menolong dekat site dari minggu lepas sampai la sekarang

* eh ayat apa tu? sila paham sendiri hokeyy 

Rabu minggu lepas selesai laaa suntikan pelali HPV dos ke-3
dos terakhir ni aku gi amek dekat KNS Anak Bukit je ponggg
panjang ceritanya sepanjang aku nak amek injection tu
tapi ermmm malas nak cerita sebab aku rasa sekarang ni pun gaya penceritaan aku tengah tunggang langgang terbalik
harini, RABU bersamaan 5 Jun 2013
hari terakhir aku praktikal di Ilham Jurutera Sdn Bhd


serious tak sabar wehhh !
tapi dalam tak sabar pun aku tetap serabut sebab kena siapkan full report untuk submit next week
and guess what
aku terpaksa karang report sebanyak 50 helai muka surat tidak termasuk lampiran and muka depan ataupun muka belakang
gilo wehhh gilo !!!!
lepas tu nak gitau satu bende lagi
IJSB ada buat tawaran suruh aku sambung lagi 3 bulan 
pegi tengok site dekat Alor Gajah, Melaka
hurmmm
hati berbolak-balik nak pegi ke tak
rasa malas tapi akalu elaun banyak, berbaloi la jugak
kalau sikit, aku rela jadi minah pam minyak Petronas
okay lah nak sambung stress balik
babai :)

Isnin, 27 Mei 2013

jangan la main main !

ASSALAMUALAIKUM

dah tiga hari tak dapat nak mengapdet belog
bila cuti lak kepala aku selalu berdenyut denyut sangat, sakit kepala
rasa malas nak masak, tapi terpaksa jugak sebab mama aku pegi KL dengan cikgu cikgu sekolah diorang
nak rai Guru Besar nak pencen
rai lah sangat khennn, masing masing merungut jugak sebab cuti cuti macam ni sepatutnya ada dengan family
dahlah setiap cikgu kene bayar, sama ada nak pi atau tak, kene bayar jugak macam mana pun
then hari Rabu dengan Khamis aritu tak sempat online sebab aku dengan Mumu tak masuk opis
kami kena pi turun Pendang
memula tu pi dekat tempat biasa, kat tapak projek tangki ayaq dekat Kubur Panjang



lepas tu dalam pukul 1 p.m. centu kitorang balik dekat site opis kat Tanah Merah, Pendang
dekat situ kami dibahagi kepada 3 groups untuk buat investigation mengenai kepuasan pengguna terhadap bekalan air yang sedia ada ni
kiranya kami ni wakil bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) la aritu
group aku terdiri daripada diri aku sendiri, Mumu dengan Encik Shafri
first day kitorang punye group kene pegi interview dekat kawasan A yang mempunyai 8 buah kampung dan diteruskan dengan kawasan B yang mempunyai 2 buah kampung
tapi 1 kampung kitorang interview dalam 5 orang je lahh

* giler kauuu nak interview sekampung, mau poning kepalo den ni haaaa

seriously penat sesangat sebab kena interview makcik makcik kampung yang sememangnya dah tua and kitorang kene banyak sabar sebab kena terangkan satu demi satu
yang paling menyakitkan hati is bila bagi salam, ada yang taknak bukak

" oiiii, macam la aku nak rompak umah kau! aku nak buat kajian sal air kat rumah kau je pun. aku ni nak tolong kampung kau bagi selesai masalah air! pffftttt !!!!"

hari Khamis kitorang sambung lagi dengan kawasan D pulak yang mempunyai 6 buah kampung
kitorang selesai buat interview orang kampung tu dalam pukul 1 p.m. jugak laa
then lepas lunch and buat ape yang patut
kitorang pegi lawat tangki air yang baru siap kat Bukit Kecil
naik ISUZU DMAX je ponggg, bukan TOYOTA Hilux ke hape ke
takut jugak la masa nak naik tu, 3 kali try baru buleh naik
masa tu aku rasa nyawa aku memang dah kat lutut dahhh
yelah mau tak ketaq, pikap yang kami naik tu bukannya jenis pacuan 4 roda tu hah
dengan jalan yang memang cukup cukup muat je, lopak banyak
pastu aku tanye la Encik Shafri yang slope dia ni brape meter?
dia cakap dalam 100m lebih gak la
puihhh, memang kecut
then kitorang pegi dekat 2 buah tangki air yang lain lagi pada hari yang sama
and then balik ke site opis sebab kereta kitorang parking kat situ
panjang nyerrr citer aku
penat menaip , tapi eksaited punya pasal !
tapi tu cerita sikit ja, sebenarnya banyak lagi tapi aku skip
hahahaha
pastu lanie aku duk geram sal duk berteka teki sama ada kami masuk UTHM balik bulan Jun atau September
diorang ni taknak la memain
bukan senang , orang lain nak tempah tiket bagai
hurmmmm
okay lah, babai !






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...