assalamualaikum .
haaaa tudiaaaaa .
entry CITA-CITA SAYA .
hahahaha .
dulu-dulu masa darjah satu , cikgu tanya
" murid-murid, apa cita-cita kamu bila dah besar nanti? "
ada yang jawab nak jadi doktor , peguam , nurse , polis , cikgu , macam macam lagi laaa senang cerita .
aku pun tak terkecuali lah jugak .
dulu dulu cita cita nak jadi cikgu
yalah kan , dah membesar dalam keluarga pendidik
mama abah cikgu
ayah sedara , mak sedara pun cikgu
kawan kawan abah mama pun cikgu
then bila dah sampai satu tahap , lepas habis trial PMR ( masa tu aku belajar sekolah harian biasa je , amek aliran arab ) , aku rasa macam best jek jadi engineer .
so aku decide lah nak pegi sekolah teknik .
aku isi dekat borang online tu , aku mintak jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam .
alhamdulillah aku ditempatkan dekat Sekolah Menengah Teknik Alor Setar atau nama glamernyerr Teknik Highway sebab dia punya nama jalan tuh Lebuhraya Sultan Abdul Halim .
and then lepas habis je SPM , aku dapat tawaran buat sijil asas kejuruteraan atau nama omputehnye Foundation Engineering lah kononnye , aku dapat kos Teknologi Kejuruteraan Mekatronik .
nama macam gempak je kan ?
tapi aku tak minat even dapat tawaran sambung semester 2 dekat situ sebab dia punya program tu berTITLEkan TEKNOLOGI .
kalau ada perkataan TEKNOLOGI tuhhh , dah confirm confirm lahhh aku takkan dapat title IR. kalau jadi engineer .
then aku sekarang ni sambung Diploma Kejuruteraan Awam dekat Universiti Tun Hussein Onn .
tak pernah dengar ?
okay okay , FYI UTHM ni bukan swasta okeyy !
aku cepuk plus tampo tampo jugak sape yang kata aku duk U swasta , macam aku ni bengap sangat je sampai teringin sangat nak masuk U swasta ( bukan ape , kadang kadang aku geram jugak dekat orang kampung seblah abah aku, bila tanya blajar mana, aku cakap UTHM je mesti diorang tanye swasta ke apa ? bagi diorang , paling glamer tu UiTM laaa )
" kenapa masuk Diploma? lambat tuuu .. "
memula memang aku dapat tawaran sambung Kolej Matrikulasi Teknikal dekat Kedah , ( alahaiii , dekat sangat dengan rumahh ) , memula tu memang dah nekad gila nak pi situ , sebab tu la aku hantar surat nak berenti daripada JMTI tapi disebabkan aku sedor diri ni memang malas a.k.a baloq liat nak baca buku ditambah pulak aku ni suka main dengan berangan lebih maka aku pikir lebih baik aku buat Diploma jee .
-----------------------------
tapi kannn , kadang kadang aku ni kompius jugak , ape laaa yang aku nak jadi nanti ni bila dah habis degree?
kalau ikut aku , aku nak je jadi cikgu , jadi engineer , jadi chef , jadi bini orangg ( hihihi...gataii )
tapi serius aku cakap , sekarang ni aku memang ghairah gila tengok baju Chef .
huwarggghhh ! aku silap pilih course ke ???
serius cakap aku minat masak , memasak buat aku rasa hepi , tersenyum bila benda yang dimasak tu menjadi, lagi bahagia bila adik-adik , mama abah , kawan-kawan puji aku masak .
aku tak la pandai sangat tapi aku suka explore benda baru , bukak blog blog masakan .
ouchhhh , best sangat kan ?
sampai satu tahap aku dah taktau nak jadi ape bila dah lama pikir, aku cakap dengan Cik Abang tuhhh ,
" nanti kalau orang ade anak , orang taknak keje la. nak duduk rumah je jaga anak sendiri "
waaaaaa , sempoi !
miahahahahahaha .
AKU NAK BABY !!!! ( macam takde kene mengene jek dengan entry ni )
okay lahhh , mesti pening kan baca cita-cita aku ?
padan muke , sape suruh baca , berjela-jela lak tuh .
macam lepas dendam je selepas lama tak mengarang plus merapu merepek
okayyy , assalamualaikum :)